Nur Fathia Ellysha~permata hati mama papa

Nur Fathia Ellysha~permata hati mama papa

::Doakan kami bahagia::

My photo
~Nur Fathia Ellysha~permata hati mama dan papa, penawar di jiwa, penyejuk di mata..semoga menjadi anak solehah, cemerlang dunia akhirat....
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Wedding Ticker

Thursday, July 29, 2010

::Jom Main!!!::


Jom Main!!!

Hahahaha..wat saspen jer ek...aku ajak korg main ape????ala...jom la main..jom la...jom la....best main ni..leh ilangkan stress dan jadikan badan sihat jer...wakakaka....ahh jgn byk bunyik, jom la!!!!!!



VVVVVVVVVVV




VVVVVVVV




VVVVVV




VVVVV




VVVV




VVV




VV




V












incik somi jadi pengadil sekejap...



jd pengadil tp tgn ttp pegang raket



aku yg dh kepenatan..minum doluu....


pair: Padel+ Ayoi VS Alam+Abg Deen (cian tgk abg Deen, padel jahat, asyik smash kat abg deen jer..dh le org tu kecikkkkk jer...)


Peraduan Meneka Dalam Kesamaran: Sapekah ini????

Wednesday, July 7, 2010

::Saja Suke-Suki::

Hahahahahahahahah...wakakakakakaka...lawak betoi la....

semalam saje jln2, jumpe satu umah ni....aku pun try la...ye la..nk jugak tahu ghupa mana anak aku nnt..kalo ada la...huhuhu....

jadi hasilnya.......

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

nih gegirl

warghhkakaka....dh mcm anak jopun aku nengok..mcm samurai bertocang apa bagai....



ni plak boboy

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hehehehe..yang ni mcm anak mat saleh plak...tp gg rongak...jgn memain..mata kelabu yuuu......ape2pun ttp comel mcm mak ayah dia jugak....dushhhh..perasan betui...

aku guna 2 versi gamba en somi..satu berspek, satu takde spek...agaknya yg gegirl tu dia x leh detect camner bentuk mata kitorg, tu yg sepet semacam jer tu...heheheh

ape2 pun, ini hnya suke2 jer...bukan bermakna aku desperate sgt yer...huhuhu...saje nk melegakan otak yg mental ni..

::Foot Detox::

Salam...

korang penah guna menda alah ni tak?
aku pun terjebak sbb ade ex-schoolmate dl yg jual benda nie..memula tu takde la eksaited sgt..tp bila satu hari kuar ayat dia yg mengatakan bnda ni gak leh TURUNKAN BERAT BADAN..aku???apa lg, cargasss la beli...


pakai share2 dengan hubby...
ermmm...ape aku rasa setelah menempek benda ni ek????
aku rasa....aku rasa....ntah la..yg aku tau mmg byk toksin kuaq..hari2 mesti hitam jer, berlendir2 plak tu..dia kata tu sbb toksin terlampau byk..eyarrrkkkk....
mmg ngeri ko....
hehehe..sebenarnya rasa bdn lebih ringan la walopun berat tak turun lg..dh takde sakit2 tumit lg...(heheheh..nmpk beno gemokknyer..)


Hubby plak, dia kurang sket la..hitam masih hitam , cuma takde la berlendir2 mcm aku ni...hehehe..so far, dia pun kata ok...kena guna sampai toksin dh takde..camner nk tau toksin dah takder? bila pelekat yg kita tampal kat kaki dh tak hitam..putih mcm original..haaa!!tu mknanya toksin dh berjaya disingkirkan daripada badan kita dgn jayanya.....


meh kita kita tgk camno ruponyo mendalah nie..hikkksss...



nih rupanya sejibik cam yg aku guna.....belah yg tulis ni lekat kat bahagian gam..ubatnya kat bahagian yg nk tampal ke kaki...



haa,,tu diaa...cara2 nk guna.....ko tampal jer kat mana2 yg ko rasa bertoksin..tp yg slalu org guna kat tapak kaki la...aku penah try kat perut sbb perut mcm ngandung 4 bulan padahal penuh angin jer...mana tau leh buang toksin ke kan...tp nan ado...tampalan ttp putiss jer...wakakaka....
tampalan tu elok dipakai selama 8 jam (sewaktu tidoq) ataupun sekurang2nya 4 jam untuk kuakan toksin tu...


nih rupa dlm peket dia...



see...tgk la ape yg kita dh buang dengan foot detox nih..segala jenis toksin, bahan kimia, buangan dan segala mcm selulit dh di buang (err...agak2nye yg berlendir tu selulit aku kot ekkk)...

moral of da story: meh la sama2 kita menyingkirkan toksin dlm badan...tp kena thn la sbb sayang nk buka kalo rasa nk "syuuh"(buang ayer daa) tgh2 mlm...kuikuikuikui

all pics are googled

Friday, July 2, 2010

::Diam tak diam dah masuk 19 Rejab::

Salam...

di pagi Jumaat yg mulia ni, mai le kite ramai2 tgk ape kelebihan bulan Rejab ni...
dulu2 waktu sekolah menengah, kalo time Rejab mmg aku akn puasa sebulan...best posa dgn geng2 ni...

sekarang ni, puasa sunat pun dah jarang2..hurmm..ape la nk jadi...:(


1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

a. Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

b. Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

c. Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

d. Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

BULAN REJAB MENURUT AL-QURAN

Al-Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyentuhnya secara tidak langsung iaitu surah al-Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah at-Taubah (ayat 2, 36 dan 37). Di antara dalil al-Quran ialah firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati,…”
(Al-Baqarah: 194)

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antara 4 bulan haram …”
(At-Taubah: 36)

Ulama berselisih pendapat kenapa bulan-bulan ini (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) dinamakan bulan haram. Pertama, dikatakan bahawa ia disebabkan kebesaran kehormatannya, sebagaimana besarnya dosa yang dikira jika dilakukan dalam bulan itu.

Ibn Abbas berkata bahawa sesungguhnya Allah mengkhususkan keempat-empat bulan itu, sebagaimana ganjaran besar untuk amalan soleh yang dilakukan dalam bulan itu.

Kedua, dikatakan juga ia dinamakan bulan haram lantaran pengharaman peperangan dilakukan dalam bulan itu dan ia dalah amat dikenali pada masa jahiliyah dan dikatakan juga ia dilakukan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.

(1) Maksudnya antara lain ialah: bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab)

Dikatakan juga oleh ulama bahawa keempat-empat bulan itu dinamakan haram berikutan pengharaman peperangan disebabkan ibadah haji dan umrah yang dilakukan dalam bulan haram itu. Bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram adalah tiga bulan yang berturutan. Maka, diharamkan bulan Zulkaedah lantaran bakal haji melakukan perjalanan ke Makkah dalam bulan itu. Bulan Zulhijjah disebabkan ibadah haji dilakukan dalam itu dan bulan Muharram pula mereka yang mengerjakan ibadah haji akan kembali ke tempat masing-masing. Pengharaman ini bagi membolehkan mereka yang mengerjakan haji berasa aman terhadap keselamatan diri. Rejab pula diharamkan lantaran ibadah umrah dilakukan dalam bulan itu pada pertengahan tahun.

BULAN REJAB MENURUT AS-SUNNAH

Berdasarkan dalil al-Quran jelas menunjukkan bahawa bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang sangat dimuliakan atau dipanggil juga Al-Ashhur Hurum. Perlu ditegaskan bahawa melakukan puasa dalam bulan-bulan ini adalah dituntut (mandub). Ada hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW menyuruh para sahabat melakukan puasa sunat dalam bulan Al-Ashhur Hurum. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah dituntut tetapi tiada satu hadis sahih yang mebuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Dalam satu riwayat datang seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama” Ujar Nabi SAW, “Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu, “Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam” Maka tanya Rasulullah SAW “Kenapa kamu seksa dirimu?” Lalu sabdanya “Berpuasalah pada bulan sabar – yakni bulan Ramadan dan satu hari dari setiap bulan!” Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu. “Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi. “Tambahlah lagi!” Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda “Berpuasalah dalam bulan suci (haram) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak tiga kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi dengan sanad yang baik).

Berpuasa dalam bulan-bulan haram iaitu empat bulan, tiga bulan berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan satu bulan berasingan (Rejab) adalah sebaik-baik bulan untuk berpuasa selepas Ramadan. Sebaik-baik bulan haram ialah Muharram diikuti dengan Rejab dan seterusnya. Keempat-empat Imam Mazhab sepakat mengatakan bahawa berpuasa dalam bulan haram sangat dituntut namun adalah makruh memilih bulan Rejab sahaja untuk berpuasa.

Terdapat satu hadis yang bertaraf hasan menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah berpuasa (di dalam bulan Rejab) lebih banyak daripada bulan Sya’aban dan bila ditanya, baginda menyatakan, kerana ia (Rejab) bulan pengampunan di antara Rejab dan Ramadan. Ada sebahagian masyarakat berpuasa berturut-turut (Rejab, Sya’aban dan Ramadan) di ketiga-tiga bulan. Ini bukannya dari Rasulullah SAW, bukan dari sahabat dan salafussoleh. Yang terlebih baik ialah berpuasa sebahagiannya atau berpuasa selang sehari dan bukan berterusan. Inilah sunnah Rasulullah SAW.


di cilok dari sini ----> http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

Note:
banyak benda nk update/cite tapi tiap kali bukak new post trs idea melayang2 terbang ditiup angin laut china selatan...banyak juga peristiwa yg nk di cite tp cable tepon asyik tetinggal je kat umh....huhuhu....