







Untuk pengetahuan korg, antara jenis ikan yang digunakan untuk membuat pekasam adalah seperti lampam, tilapia, puyu, sepat, jelawat dan yg seangatan dengannya (mksudnya ikan air tawar ler). Melihat kepada proses penyediaannya pula, ikan-ikan tersebut akan disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama tiga hingga lima bulan.
ni ler rupenya ikan sungai pada yg tak tahhu tu...nmpk ikan sepat dgn jelawat ...
Paling cepat proses pemerapan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga minggu. Proses ini bertujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya.
Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar. Proses pemerapannya selepas itu diteruskan lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut akan dibungkus dalam plastik secara vakum ataupun leh simpan dlm tupperware bertutup.

ni le rupenya ikan yg dah siap di seliputi oleh beras kisar tu...
Tips Tambahan:
Untuk menghasilkan ikan pekasam yang bermutu. Proses pertama yang perlu dilakukan ialah ikan disiang dan perutnya dibuang sebelum diletak garam dan diperam selama dua minggu. Kemudiannya, ikan itu dibersihkan dan digaul dengan serbuk beras yang dikisar halus. Selepas itu, ikan dimasukkan ke dalam tong besar yang ditindih dengan benda berat dan disimpan selama dua minggu lagi sebelum dibungkus. Sebenarnya, lagi lama ikan diperam, rasanya akan lebih enak. Ikan pekasam boleh disimpan lama kerana ia sudah diawet. Untuk memastikan ikan pekasam yang anda buat itu ‘menjadi’ dan mempunyai rasa yang sedap, gunakan ikan-ikan segar yang boleh anda dapatkan dari pemborong. Ramai yang mengatakan ikan pekasam berbau busuk kerana diperam. Jadi anda hendaklah menggunakan ikan segar dan menjaga kebersihan tempat menyediakannya, ia tidak akan berbau busuk.
macam makcik2 aku, diorg suka mengail atau dlm bahasa bakunya memancing ikan apabila tibanya musim menuai...lepas petani ambik padi, mmg masa yg sesuai sgt..maka ramai la ikan2 dlm bendang tadi menyerah diri dengan melompat2 suka hati, padahal tak sedar akn jd mangsa pancing makcik aku tu nnt....hehehe.....


|
|